Jessica Alba dapat anak lelaki

KELAHIRAN bayi ketiga, Hayez Alba Warren adalah hadiah tahun baru paling istimewa bagi bintang filem antarabangsa, Jessica Alba.

Bintang filem Fantastic Four ini selamat melahirkan bayi lelakinya itu, hasil perkongsian hidup dengan Cash Warren, pada 31 Disember lalu.

“Kamu bertuah kerana dapat bersama dengan seorang ibu yang kuat. Dua orang kakak kamu juga sudah tidak sabar mahu bertemu dan kamu akan bersyukur bila mereka membantu kamu untuk membesar.

“Ibu berjanji akan menyayangi kamu dan akan bersama dengan kamu untuk melayari impian kehidupan yang diinginkan,” katanya seperti yang dipetik melalui laman Instagramnya.

Pasangan Alba dan Warren berkahwin di Los Angeles pada Mei 2008.


Pasangan sejoli ini sudah pun memiliki dua anak perempuan iaitu Honor Marie Warren, 10 dan Haven Garner Warren, 7 tahun.
Jessica Alba dapat anak lelaki Jessica Alba dapat anak lelaki Reviewed by Kakigosip on 03:41:00 Rating: 5
Powered by Blogger.