Jangan Tanya Kareena Soalan Ini Kalau Tak Nak Dilempar Kasut

Selama ini Kareena Kapoor dikenali sebagai aktres yang sangat ramah kepada wakil-wakil media. Meskipun dia sibuk, namun isteri kepada Saif Ali Khan ini selalu mencari kesempatan untuk meluangkan waktu atau paling tidak menyapa wartawan walaupun hanya sekejap saja.



Namun begitu ada satu hal yang sangat dibenci pelakon berusia 37 tahun ini. Satu soalan yang sangat dibenci oleh Kareena itu telah di dedahkan oleh Saif sendiri ketika ditemubual media, baru-baru ini.

"Pernahkah anda cuba tanya menganai perkara ini kepadanya? Mungkin dia akan melempar sesuatu kepada kamu, seperti kasut, mungkin. Kerana bagi Kareena, dia selalu ada (tak perlu comeback)," ujar Saif seperti yang dilaporkan Pinkvilla

Dengan nada serius, Saif menyarankan kepada wakil media agar tidak bertanyakan hal itu kepada Kareena.

Sementara bagi media India, projek terbaru Kareena bersama Sonam Kapoor, Veere Di Wedding adalah sebuah projek 'comeback' kerana ia adalah filem pertama Kareena selepas selama lebih setahun tidak muncul menerusi filem. Namun bagi Kareena, dia tidak pernah 'pergi' dari dunia hiburan, jadi kerana itu dia tak perlu 'kembali'.

Jangan Tanya Kareena Soalan Ini Kalau Tak Nak Dilempar Kasut Jangan Tanya Kareena Soalan Ini Kalau Tak Nak Dilempar Kasut Reviewed by Kakigosip on 05:48:00 Rating: 5
Powered by Blogger.