Jampi dalam versi Keroncong

MESKI ramai yang menjangkakan lagu Jampi bakal memberikan saingan hebat di AJL32 yang akan berlangsung pada 11 Februari depan, Hael Husaini selaku  penyanyi dan pencipta lagu tersebut menganggap semua finalis mempunyai peluang sama rata.

“Saya tidak mahu fikirkan tentang persaingan, kemenangan dan sebagainya. Sebaliknya saya hanya mahu fokus kepada persiapan dalam usaha untuk memberikan yang terbaik buat para peminat pada malam itu.

“Tiada kejutan atau gimik kerana persembahan saya nanti lebih tertumpu kepada vokal dan muzik bertepatan dengan konsep AJL itu sendiri,” katanya.

Bagaimanapun Hael tidak menafikan dirinya cukup gementar untuk beraksi di pentas berprestij ini, apatah lagi ia merupakan penglibatan pertamanya.

“Saya mempunyai masalah gementar bila membuat persembahan di pentas dan perkara itu harus saya atasi dengan sebaiknya menjelang AJL32 nanti.

“Jadi saya benar-benar hanya memberi fokus pada diri sendiri sahaja tanpa memikirkan soal kehebatan atau kelebihan finalis lain yang turut bertanding,” akuinya jujur.

Dalam pada itu, Hael yang turut meluahkan rasa gembiranya apabila lagu Jampi turut dinyanyikan semula dalam pelbagai versi dan genre.

Terbaru, lagu ini dinyanyikan dalam versi keroncong oleh sekumpulan anak muda dari Singapura sehingga menjadi tular dan menarik perhatian ramai.

“Sebenarnya sebelum ini lagi, Jampi telah dinyanyikan dalam pelbagai versi termasuk rock, asli, irama irama 60an dan sebagainya.

“Namun versi terbaru yang menjadi tular ini kedengarannya lebih unik sehingga menarik perhatian ramai orang termasuklah saya sendiri.

“Sebagai pencipta dan penyanyi asal lagu ini, semestinya saya gembira apabila ia dapat menghiburkan semua orang tidak kira siapa mereka,” jelasnya ketika ditemui di majlis sidang media AJL32.
Jampi dalam versi Keroncong Jampi dalam versi Keroncong Reviewed by Kakigosip on 05:33:00 Rating: 5
Powered by Blogger.