Berita Terkini
recent

Jaipk akan jumpa Iqram

Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk) akan menemui pelakon, Iqram Dinzly bagi mendapatkan gambaran sebenar berhubung isu ‘Che Mat’ yang merujuk kepada Nabi Muhammad SAW.

Pengarahnya, Datuk Mohd Yusop Husin berkata, pihaknya telah mengarahkan pegawai terlibat bertemu dengan Iqram sebelum meneruskan siasatan lanjut.

“Kita maklum akan isu ini selepas pelbagai pihak membangkitkannya di media sosial, namun kedudukan sebenar yang berlaku masih belum dapat dikenalpasti.

“Ada kemungkinan beliau tidak sengaja atau diungkapkan dalam keadaan tidak sedar. Apa-apapun kita akan atur pertemuan bersamanya untuk dapatkan penjelasan lanjut,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, hari ini.

Sebelum ini, Pendakwah bebas, Abu Syafiq Al-Asy'ary yang menegur tindakan memberi gelaran Che Mat kepada Nabi Muhammad SAW menggesa Jaipk memantau dan mengambil tindakan terhadap pelakon tersebut.

Ia berikutan kelakuan pelakon itu yang dilihat mempersendakan Islam termasuklah pernah menconteng kalimah ALLAH SWT di dahi.

Bagaimanapun, Iqram menerusi siaran live di FB Sinar Harian, 8 Januari lepas membuat permohonan maaf secara terbuka dan memaklumkan perkara itu terjadi akibat tersasul, bukan dengan niat membuat alwak mahupun mahu memperlekehkan Nabi Muhammad SAW.

Mohd Yusop berkata, pihaknya akan melihat isu ini daripada pelbagai sudut bagi memastikan perkara sama tidak berulang.

“Di sini, dia dikenali sebagai seorang yang baik, malah sering dilihat solat jemaah di masjid,” katanya.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.