Berita Terkini
recent

Isu LGBT Punca Ahmad Dhani Risau Lepaskan Anak ke London

Sama seperti ibu bapa lain, Ahmad Dhani juga sangat mengambil berat mengenai pendidikan anak-anaknya dan sentiasa memberikan yang terbaik.

Terutama anaknya yang bernama El Jalaludin Rumi yang lebih cenderung minat untuk belajar hingga ke peringkat lebih tingggi berbanding dua lagi adik beradiknya yang lebih minat pada dunia muzik.

Tidak hairanlah jika anak kedua Ahmad Dhani itu memilih melanjutkan pengajian di London, United Kingdom.

Meskipun sudah mendapat restu dan izin daripada kedua ibu bapanya untuk dia belaja di luar negera, rupanya Ahmad Dhani dikatakan berat hati untuk bersetuju dengan keputusan anaknya itu.

Ia disebabkan khabar mengenai budaya dan cara pergaulan di kota London yang dikatakan pusat pengumpulan untuk kaum LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual, dan Transgender).

"Banyaklah ketakutan-ketakutan yang bersifat dalam tanda kutip politik. Pergaulan di sana saya juga takut. Di London kan banyak LGBT," kata Dhani seperti yang dilaporkan Kapanlagi.com

Mengakui anaknya seorang lelaki sejati namun pengasas kumpulan Dewa ini menegaskan tetap bimbang. Lebih-lebih lagi memikirkan pergaulan sosial di sana dan risau jika anaknya terjebak dengan gejala mabuk dan mudah terpengaruh serta digda lelaki sesama jenis.

"Bimbang jika El terjebak dengan mabuk, atau diberi pil. Kan sekarang pengaruh LGBT seperti itu. Motifnya seperti itu," tambah Mulan Jameela ini lagi.

Walaupun sudan memberi izin namun kata Ahmad Dhani dia sangat berpesan kepada El supaya sentiasa menjaga dirinya.

"Saya sudah pesan sama El, pokoknya hati-hati karena di London pusatnya LGBT," katanya.

El serta dua lagi adik beradik iaitu Ahmad Al Ghazali dan Ahmad Abdul Qodir Jaelani adalah anak hasil perkongsian hidup Ahmad Dhani dengan Maia Estianty sebelum bercerai pada tahun 2003.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.