Berita Terkini
recent

Isu Hina Nabi: Iqram Digesa Bertaubat

Pelakon Iqram Dinzly sekali lagi mencetuskan kontroversi malah kali ini dia dianggap melampau apabila memberi gelaran Che Mat kepada Nabi Muhammad SAW dalam program hiburan Melodi yang bersiaran secara langsung pada Ahad lalu.



Menerusi laporan mStar online, pendakwah bebas Ustaz Abu Syafiq Al-Asy'ary menyifatkan kenyaatan Iqram itu sebagai satu penghinaan kepada Nabi Muhammad dan dia perlu bertaubat.

"Kita perlu berhati-hati memberi nama kepada Nabi Muhammad, Allah berfiman dalam Al-Quran, bahawa janganlah kamu jadikan panggilan Rasul di antara kamu seperti panggilan sebahagian kamu kepada sebahagian (yang lain).

"Itu perkara asas yang mana anak-anak kecil pun tahu tentang itu, bagaimana dia boleh bercakap di televisyen secara langsung dengan ditonton oleh semua masyarakat," ujarnya menerusi laman Facebook peribadi miliknya pada Isnin.

Tambah Abu Syafiq lagi, pihak Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk) seharusnya memantau dan mengambil tindakan terhadap pelakon tersebut.

Ia bukan kali pertama kelakuan pelakon itu mempersendakan Islam kerana sebelum ini pernah menconteng kalimah Allah SWT di dahi.

"Sudah tiba masanya Jabatan Agama Islam Perak mengambil tindakan tegas terhadap pelakon ini. Jangan duduk senyap kerana Iqram sudah menghina nama Nabi secara umum," ujarnya.

Bagaimanapun, dia turut berdoa agar pelakon itu diberikan hidayah dan bertaubat atas perbuatan tersebut.

Sementara itu, Iqram menerusi Instagramnya memohon maaf jika pemahaman Abu Syafiq yang mengatakan dia menghina Nabi itu adalah penghinaan persepsi.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.