Berita Terkini
recent

Isteri orang, janda antara yang ditangkap khalwat

 Seorang berstatus isteri, seorang janda anak satu dan seorang anak dara antara individu yang ditangkap khalwat bersama pasangan masing-masing oleh penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) dalam operasi cegah maksiat sempena Tahun Baharu 2018 di sini awal pagi tadi.

Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu, Wan Ismail Sahaimi Wan Omar berkata, tiga pasangan yang tidak bernikah itu ditahan berdua-duaan ketika pemeriksaan dijalankan di lebih kurang 20 hotel di sekitar Kuala Nerus dan Kuala Terengganu.

“Operasi pemeriksaan bilik-bilik hotel telah kita lakukan pada pagi tadi dan kita telah berjaya menahan tiga pasangan kekasih di hotel yang berlainan yang dikatakan datang ke sini untuk menyambut tahun baru bersama pasangan masing-masing,” katanya ketika dihubungi Bernama lewat hari ini.

Wan Ismail berkata semua pasangan yang ditahan berumur di antara 24 hingga 38 tahun dan antaranya warga tempatan, Pahang, Selangor, Kelantan, dan Sarawak

Pasangan berkenaan dua daripadanya merupakan penganggur, seorang tukang masak, dua orang pembantu kedai makan dan seorang pekerja pendawaian.

Semasa serbuan dilakukan kesemua mereka dikatakan dalam keadaan berpakaian tidak lengkap dan menjolok mata.

Kesemua mereka akan didakwa pada 16 April akan datang di bawah seksyen 29 Enakmen Syariah (Takzir) Terengganu 2001 kerana perbuatan sebagai persediaan melakukan persetubuhan luar nikah.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.