Ingatkan... Gimik Filem

Pelakon Azhan Rani mengakui pada mulanya dia tidak mengendahkan kes Datuk Farid Kamil sebaliknya menjangkakan ia hanya satu gimik filem.

Namun selepas perkara tersebut tular di media sosial, dia terkejut dan berasa simpati terhadap temannya itu.

"Saya mengetahuinya menerusi Twitter dan beranggapan ia sekadar satu gimik filem. Namun, setelah melihat berita tersebut tular di media sosial, saya berasa terkejut dan bersimpati," jelasnya seperti yang dilaporkan Kosmo!

Azharani an Azad Jazmin antara rakan artis yang datang ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya semalam bagi memberi sokongan kepada Farid sekeluarga.

"Secara peribadi saya memang telah lama mengenali Farid dan mengharapkan kalian sebagai peminat tetap memberi sokongan kerana itu yang diperlukan sekarang," kata Azad.

Sementara itu laporan juga menyebut, keluarga Farid merancang untuk membawa pelakon itu mendapatkan rawatan kesihatan lebih terperinci di hospital bagi mengenal pasti tahap kesihatan Farid sebelum membuat sebarang keputusan mengenai rawatan yang bakal dilakukan kelak.

Adik Farid iaitu Dr. Anis Anwar berkata terdapat pelbagai peringkat proses perubatan yang perlu dilakukan sebelum mengesahkan tahap kesihatan Farid terutama melibatkan tekanan mental.

"Tekanan juga merupakan salah satu daripada masalah mental, tetapi sebelum membuat sebarang keputusan kita perlu menjalani beberapa peringkat rawatan terlebih dahulu.

"Perancangan kami selepas dia (Farid) dibenarkan diikat jamin, kami akan terus mendapatkan rawatan di hospital untuk mengetahui punca dia bersikap sedemikian," jelas kamah.

Terdahulu media melaporkan, Farid ditahan reman pada Jumaat bagi membantu siasatan berhubung kes mengamuk dan menyerang seorang anggota polis serta dua orang awam di Balai Polis Trafik Kota Damansara pada Khamis lalu.
Ingatkan... Gimik Filem Ingatkan... Gimik Filem Reviewed by Kakigosip on 13:53:00 Rating: 5
Powered by Blogger.