Ifa Raziah, suami terkejut terima panggilan polis

KONTROVERSI antara penyanyi Ifa Raziah dan Roslan Shah masih belum berpenghujung.

Terbaru, Ifa memberitahu pihak media bahawa dia ada menerima panggilan daripada polis Johor Bahru yang memaklumkan tentang satu laporan polis telah dibuat oleh Roslan terhadapnya.

Menurut suami yang juga pengurus Ifa, Mohd Yani Abd Rahman, laporan itu adalah berkenaan  satu video yang telah dimuatnaik isterinya menerusi IG Live pada Khamis lalu yang didakwa cuba mengancam selebriti tersebut.

“Video itu merakamkan gurauan spontan salah seorang rakan yang terlibat dalam sesi latihan badminton yang berlangsung pada ketika itu dan ia tidak bermaksud apa-apa.

“Saya sendiri terkejut apabila ia dijadikan isu sehingga menerima panggilan daripada pihak polis pada pagi ini dan dimaklumkan tentang laporan tersebut yang dibuat di Johor Bahru oleh Roslan.

“Apa pun kami akan memberikan sepenuh kerjasama dan bersedia dipanggil pihak polis pada bila-bila masa,” kata Mohd Yani ketika dihubungi Sinar Harian.

Ditanya tentang reaksi Ifa, kata Mohd Yani, isterinya itu pada mulanya sangat marah dengan tindakan yang dibuat Roslan, namun dia akur dan menganggap apa yang dilakukan selebriti terbabit hanyalah untuk mendapat perhatian ramai.

“Saya ingat selepas status pemohonan maaf yang dibuat di Instagram miliknya minggu lalu, isu ni sudah reda biarpun belum selesai.

“Rupa-rupanya ia masih lagi berlarutan dan timbul pula dakwaan baru yang saya sifatkan tidak berasas langsung.

“Pada saya apa yang dilakukan ini adalah hanya untuk menjatuhkan Ifa dan menarik perhatian orang ramai semata-mata,” katanya.
Ifa Raziah, suami terkejut terima panggilan polis Ifa Raziah, suami terkejut terima panggilan polis Reviewed by Kakigosip on 05:02:00 Rating: 5
Powered by Blogger.