'Identiti Nur Sajat bakal disahkan sebulan lagi...'

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dijangka mengambil tempoh yang agak panjang bagi mengesahkan identiti sebenar usahawan kosmetik, Nursajat Kamaruzzaman.

Menurut Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Sosial, Bahagian Pembangunan Keluarga Sosial dan Komuniti, Jakim, Dr Mohd Izwan Md Yusof, berkata dijangkakan tempoh itu dalam sebulan paling minima.

"Proses ini akan mengambil masa yang panjang kerana melibatkan banyak pihak.

"Keputusan hanya akan diumumkan selepas segala proses itu selesai dan disahkan oleh sekumpulan panel Pakar Kajian Syariah yang diurusetiakan Jakim,” katanya menerusi kenyataan di Facebook Jakim lewat petang Jumaat.

Mohd Izwan juga menjelaskan, Jakim bersetuju terhadap beberapa proses yang perlu dilalui Sajat untuk pengesahan identitinya secara rasmi.

"Mengambil maklum persoalan oleh masyarakat susulan pertemuan saya dengan Nur Sajat dan kedua orang tuanya, maka ingin dijelaskan bahawa kami bersetuju beberapa proses perlu dilalui oleh Nur Sajat untuk pengesahan identitinya secara rasmi," katanya.

Dalam pada itu, katanya Jakim juga menafikan dakwaan di dalam sebuah video yang menuduh pihak Jakim ada menelefon seorang individu dan memaklumkan jantina Sajat.
'Identiti Nur Sajat bakal disahkan sebulan lagi...' 'Identiti Nur Sajat bakal disahkan sebulan lagi...' Reviewed by Kakigosip on 18:50:00 Rating: 5
Powered by Blogger.