Berita Terkini
recent

Identiti Isteri Gary Akhirnya Terbongkar

Pengakuan mengejut penyanyi Rap yang juga merupakan bekas hos Running Man, Kang Gary tahun lalu yang mengumumkan dia sudah berkahwin dengan seorang wanita bukan selebriti sehingga kini masih menjadi bualan peminat.



Lebih menjadi tanda kalangan peminat ialah siapakah wanita yang telah berjaya mencuri hati bintang yang sebelum ini dikaitkan dengan aktres juga hos Running Man, Song Ji Hyo itu.

Memetik lapora AllKpop, identiti isteri Gary telah tersebar sejak beberapa hari lalu. Dikenali sebagai Kim, wanita berkenaan dipercayai merupakan pekerja di syarikat
Leessang iaitu syarikat hiburan milik Gary dan pasangan duonya, Gil.

Kim juga memengang jawatan di syarikat itu dan telah berkhidmat sejak lima tahun lalu. Difahamkan Gary dan isterinya mempunyai perbezaan usia selama 10 tahun.

Walau bagaimanapun tiada siapa yang menyedari mengenai hubungan cinta mereka selama ini.

Pada April tahun lalu, Gary, 39, mencetuskan kontroversi apabila tiba-tiba mengumumkan dia sudah berkahwin. Ekoran kontroversi itu, konsertnya yang dijadualkan berlangsung di Pulau Pinang dibatalkan.

Tidak lama kemudian dia sekali lagi mengejutkan peminat apabila memberitahu keputusannya untuk meninggalkan Running Man selepas lapan tahun sebagai salah seorang hos.

Sekitar November lalu, menerusi laman Instagram, Gary memuat naik sekeping foto menunjukan sepasangan kaki bayi dengan kapsyen "Gary Junior". Dia juga memberitahu dia dan isterinya telah menimang cahaya mata lelaki.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.