Idam berlakon dengan Fasha

Walaupun nama Hafreez Adam, 28, seakan-akan sepi sejak kebelakangan ini, dia masih aktif berlakon.

Hafreez atau nama sebenarnya Hafreez Adam Aizat Zahalan kini sibuk di lokasi penggambaran drama Monalisa sebanyak 80 episod.

Didaptasi daripada drama popular Korea Selatan, Two Women’s Room untuk tayangan Astro, Hafreez berganding dengan pelakon seperti Nazim Othman dan Zara Zya.

Mengulas mengenai kerjaya lakonannya, Hafreez berkata, dia bersyukur rezekinya dalam bidang itu masih tidak putus.

“Nampak saya seperti menyepi kerana kurang menghadiri majlis dan acara hiburan.

“Sebenarnya bukan tiada jemputan tetapi saya terikat dengan penggambaran drama dan tiada kelapangan masa.

“Saya mula menjalani penggambaran drama Monalisa arahan Shahrulezad Mohameddin sejak September tahun lalu dan dijangka berakhir April ini,” katanya.

Tidak berasa tergugat dengan kemunculan pelakon baru, Hafreez berkata, kini dia cuba tidak mahu bersikap terkejar-kejar.

“Mana rezeki yang datang dulu saya terima. Malah, jika ada tawaran yang saya tidak boleh ambil, lebih baik tolak saja.

“Bagi saya, ia mungkin rezeki pelakon lain. Untuk saya, lebih selesa memberi fokus pada satu-satu kerja,” katanya.

Hafreez yang menjadikan Fasha Sandha sebagai contoh berkata, dia kagum dengan komitmen kerja dan disiplin ditunjukkan pelakon itu.

“Fasha mempunyai rekod yang baik dalam karier lakonannya apabila kebanyakan pihak produksi memuji komitmen dan disiplin dia bekerja.

“Jadi, tidak perlu bimbang soal saingan. Paling utama, buktikan komitmen kerja dan disiplin yang baik.

“Bagaimanapun, jauh di sudut hati saya teringin hendak berlakon dengan Fasha tetapi belum ada rezeki,” katanya.

Berbicara mengenai watak lakonannya dalam drama Monalisa, Hafreez berkata, dia sebagai Adam Hakim.

“Watak Adam Hakim ini tidak banyak bezanya dengan watak Badri Fathul yang pernah dilakonkan dalam drama Bila Hati Berbicara. Saya seronok melakonkan watak ini untuk peminat yang cukup sukakan watak Badri Fathul.

“Sampai sekarang, impak watak Badri Fathul itu masih diingti peminat dan saya sangat terharu,” kata pemenang kategori Artis Baharu Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular BH 2014 (ABPBH 2014) ini.
Idam berlakon dengan Fasha Idam berlakon dengan Fasha  Reviewed by Kakigosip on 18:48:00 Rating: 5
Powered by Blogger.