Berita Terkini
recent

Ibu terjatuh, Amy Search risau

IBU kepada penyanyi terkenal, Amy Search diberitakan terjatuh di rumah kampung, Johor ketika hendak ke bilik air.

Menurut isteri Amy, Norhasliza Hassan, ibu mentuanya Hajjah Fatimah Haji Idris, 80an, bagaimanapun tidak mengalami kecederaan serius.

"Alhamdullillah, hari tu lagi dah dapat bercakap dengan mak, dia okay.  Kalau boleh kami gembira nak mak duduk dengan kami tapi mak nak duduk di kampung," jelasnya.

Semalam, Hasliza memuat naik gambar suaminya itu termenung jauh ketika mendapat perkhabaran tersebut.

Sebelum ini, ibu Amy duduk bersama beliau namun apabila telah sihat ibunya sendiri meminta untuk dihantar pulang ke kampung.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.