Berita Terkini
recent

Hyang Gi berlakon dengan D.O

Aktres remaja Kim Hyang Gi, 17, bakal muncul dengan filem Along With The Gods: The Two Worlds dan menariknya, dia dapat bekerja dengan D.O daripada kumpulan EXO.

“Ramai cakap wajah kami seiras, jadi saya sentiasa terfikir mengenainya sejak beberapa tahun lalu. Pada bahagian pertama filem, kami tiada babak bersama tetapi ada satu babak bersama untuk bahagian dua.

“Ramai kawan teruja apabila tahu saya dapat berlakon di sisinya tetapi kecewa apabila dimaklumkan kami tiada babak bersama,” katanya ketawa.

Hyang Gi mengakui suka apabila ada peminat mengatakan wajahnya dengan D.O seiras.

Berkongsi pengalaman sepanjang penggambaran, Hyang Gi tidak tertekan biarpun menjadi satu-satunya pelakon wanita termuda memegang watak penting filem itu.

Katanya, pengarah banyak memberi tunjuk ajar selama penggambaran berlangsung.

“Awalnya risau juga tetapi kemudian semuanya jadi sangat menggembirakan. Semua bawa aura positif di set dan buat saya selesa. Tambahan pula, bapa saudara saya ada bersama di set,” katanya.

Penggambaran filem itu mengambil masa yang lama dan meninggalkan kesan mendalam di hati Hyang Gi apabila selesai. Tidak hairanlah mengapa air matanya gugur apabila meninggalkan set.

Dalam pada itu, Hyang Gi menyifatkan filem Along With the Gods membuatkan dia mahu menjadi pelajar dan anak yang meletakkan hubungan kekeluargaan sebagai keutamaan.

“Selepas menontonnya, saya mahu hidup dengan baik. Tidak kira sebagai anak mahupun pelajar.

“Saya masih muda dan mahu semua orang menilai saya dengan lebih baik,” katanya.

Filem yang mula ditayangkan di Korea Selatan sejak 20 Disember lalu itu berjaya mencatat rekod pecah panggung lebih sejuta tontonan dalam tempoh empat hari.

Ia bakal ditayangkan di Malaysia dan beberapa negara Asia lain pada 18 Januari ini.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.