“Hubungan Kami Kini Rumit” - Sufian Suhaimi

Penyanyi Sufian Suhaimi mengakui hubungannya dengan pelakon Elfira Loy melalui fasa yang rumit.

Bagaimanapun, Sufian, 25, berkata, dia sentiasa berdoa yang terbaik agar hubungan yang dibina itu berakhir seperti dirancang.

"Boleh dikatakan hubungan kami dalam keadaan complicated. Ia bukan kerana berhadapan masalah tapi sesuatu yang sukar dijelaskan. Seperti pasangan bertunang yang lain, kami melalui fasa ujian bertunang.

"Hanya kami berdua yang tahu apa yang berlaku dan mengharapkan pengakhiran yang baik," ujarnya.

Sufian ditemui pada majlis sidang media Anugerah MeleTOP Era2018, yang diadakan KL Hilton, pada Selasa.

Dalam pada itu, Sufian berkata, sebagai seorang individu dia sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami.

"Sebagai indvidu saya bersedia untuk berkahwin, tapi perkahwinan ini bukan semudah itu, ia melibatkan ramai pihak terutamanya keluarga.

"Kita tidak boleh membelakangi keluarga terutama ibu bapa, sebab itu saya kata sebagai individu saya bersedia," ujarnya.

Dalam pada itu, ditanya tentang persiapan perkahwinan, Sufian berkata, dia dan tunangnya itu kini sibuk dengan kerjaya masing-masing.

Sufian menghantar rombongan merisik Elfira selepas empat bulan berkawan rapat dan mengikat tali pertunangan pada 6 Oktober lalu di Cheras, Kuala Lumpur.

Perancangan awal untuk berkahwin mereka pada bulan Mac 2018 namun penyanyi lagu Terasa Ada ini memberitahu dia dan Elfira belum lagi mempunyai tarikh sebenar pernikahan.



“Hubungan Kami Kini Rumit” - Sufian Suhaimi “Hubungan Kami Kini Rumit” - Sufian Suhaimi  Reviewed by Kakigosip on 05:06:00 Rating: 5
Powered by Blogger.