Hotel Ais Ini 'Khas' Untuk Peminat Game Of Thrones

Ramai peminat sudah tidak sabar menanti tayangan musim ke lapan siri popular HBO, Game Of Thrones (GOT). Namum sementara menanti, anda mungkin boleh berfantasi dulu dengan merasai pengalaman menginap di hotel unik ini.

Terletak di Finland, hotel ais yang diberi nama Lapland Hotels SnowVillage ini bersebelahan dengan resort Kitilla. Ia berkonsepkan karakter dan tema siri GOT dan mula beroperasi sejak Disember lalu sehingga 30 April 2018.

..

Mempunyai 24 bilik termasuk 10 suite, setiap bilik berharga USD200, bayaran masuk USD17 dan pemandu pelancong berharga USD78. Dekorasi dalam setiap bilik merupakan hasil rekaan para pengukir ais profesional dunia termasuklah dari Russia, Poland, Latvia dan Ukraine.

..

Sebanyak 20 kilogram salji dan 350, 000 kilogram kristal ais semulajadi digunakan untuk membina ukiran dalam hotel SnowVillage ini. Antara dekorasi yang menadi tarikan seperti sebilah pedang gergasi dan ukiran wajah 'Braavosi Hall of Faces'.

Suhu dalam seluruh hotel ini hanya 23 darjah celcius dan pelanggan boleh menginap di sini hanya satu malam saja dengan memakai thermal dan tidur dengan sleeping bag.

..

'The Snow Restaurant' pula menawarkan pelbagai hidangan istimewa termasuk hidangan seperti daging rusa.
Hotel Ais Ini 'Khas' Untuk Peminat Game Of Thrones Hotel Ais Ini 'Khas' Untuk Peminat Game Of Thrones Reviewed by Kakigosip on 13:18:00 Rating: 5
Powered by Blogger.