Hidup lebih gembira

Selepas kembali menjadi ‘orang bujang’ buat kali kedua, Adam AF tampil ceria dan tubuhnya juga semakin berisi.

Adam, 34, berkata, sebelum ini dia tidak berniat menjauhkan diri daripada sesiapa, cuma dia tidak suka menghebohkan hal rumah tangganya kepada masyarakat kerana ia terlalu peribadi.

“Mana yang saya boleh jawab, saya jawab tetapi bagi saya masalah rumah tangga lebih baik kita simpan saja supaya tidak mengaibkan sesiapa. Selepas berpisah masing-masing boleh teruskan hidup sendiri tanpa rasa terbeban apa-apa.

“Sekarang semuanya sudah selesai dan saya gembira kerana bekas isteri (Fiza Elite) pun sudah bertemu jodoh baru. Saya doakan mereka bahagia dan berkekalan sehingga ke akhir hayat.

“Saya pula kembali berkarya, berniaga produk mandian, menguruskan pelaburan dan mengubati orang. Sayang jika saya tidak mempraktikan ilmu perubatan Islam yang saya pelajari dulu,” katanya yang hanya merawat pesakit berdasarkan temu janji dan ia dilakukan di rumahnya bersama adik-beradik.

Jika mahu mengetahu bagaimana Adam merawat pesakit, boleh layari Instagramnya iaitu tabibsharif.

Menurut Adam, dia bersyukur kerana semuanya berjalan lancar, malah tubuhnya juga semakin berisi.

“Tengoklah, badan saya pun dah naik, ramai yang tegur. Tak tahulah bila saya dan berdiet balik, makan asyik berselera saja,” katanya ketawa.

Dalam pada itu, melihatkan penampilannya dengan melilit kepala seperti orang berserban, Adam berkata, dia tidak mengikuti fahaman apa-apa sekadar memakainya sebagaimana Rasulullah SAW melilit kepalanya dengan kain.

“Orang Melayu pakai songkok atau kopiah, orang Arab berserban. Salasilah keturunan keluarga saya juga dari Arab. Bukan selalu saya melilit kepala ini, tengok juga tempat dan acara saya nak pergi.

Adam berkata, hidupnya sekarang lebih gembira dan tenteram.

Bagaimanapun, seperti insan lain yang pernah beristeri, Adam mengaku terasa sunyi tanpa pasangan hidup apatah lagi ibu kandung tempat dia mengadu juga sudah tiada.

“Namun, saya sentiasa bersyukur dan mengerti dalam kehidupan ini rasa derita dan bahagia silih berganti. Kalau ada jodoh nanti, pasti saya tidak menolak,” katanya.

Cinta Dalam Hati

Bercakap mengenai kerjaya seninya, dia dalam perancangan melancarkan single terbaru berjudul Cinta Dalam Hati yang diciptanya.

“Lirik Cinta Dalam Hati mengisahkan mengenai cinta kita kepada isteri. Walaupun sudah berpisah, dalam hati masih ada rasa sayang.

“Tak bagus berdendam kerana hati tak akan rasa aman dan tenang. Walaupun tidak dapat bersama lagi, doakanlah kesejahteraannya. Sama ada baik atau buruk, kita perlu reda dengan apa yang terjadi,” katanya.

Adam juga tidak gusar dengan kehadiran ramai bakat baru kerana belum ada artis yang membawakan lagu berkonsepkan irama yang dia dan Stacy bawa iaitu iaitu ‘music dance pop’.

“Lagu artis baru sekarang banyak menjurus kepada irama 1970-an. Saya yakin masih ada peminat yang merindui lagu nyanyian saya,” katanya.
Hidup lebih gembira Hidup lebih gembira Reviewed by Kakigosip on 06:10:00 Rating: 5
Powered by Blogger.