Berita Terkini
recent

Herman Tino takut dah tak laku

“SAYA ragu-ragu nak keluarkan 'single' sebab tahu tak laku, kata penyanyi era 80 an, Herman Tino ketika FB Live Sinar Harian, hari ini.

Katanya, dia sedar bahawa namanya kini tidak segah dahulu.

"Saya sebenarnya dah siapkan tiga 'single' tapi tahu bila nak keluarkan.  Jangan perasan yang Herman Tino ini sentiasa laku, ni penyanyi lain dah ada, balik kampung jelah saya," katanya.

Antara lagu-lagu popular nyanyiannya adalah seperti Kupendam Biarpun Parah, Akibat Putus Cinta, Pelita Dalam Kabus, Cinta Tertahan-tahan, Ojo Kesandung, Kamar Sepi dan  Mengapa Dikenang Mengapa Difikir.

Dalam pada itu, dia juga kagum dengan rakan-rakan artis lama, Aisyah dan Liza Hanim yang kembali bersinar dalam industri.

"Saya seronok tengok kawan-kawan dihormati daripada rakyat dan peminat, ia buat saya pun nak tumpang sekaki. Tapi nak masuk bertanding tak lah, saya takut kalah juga," ujarnya.

Sementara itu, Herman atau nama sebenarnya, Masrun Tamsi, 63 tahun sempat berkongsi kenangannya bersama Allahyarhamah, Datuk Sharifah Aini.

"Salah seorang penyanyi yang beliau nak jumpa semasa sakit adalah saya, itulah kali pertama saya bersalam dengannya dan kemudian memicit badannya sedikit.

"Masa itu, Allahyarhamah memberikan senyuman paling manis pada saya, seminggu kemudian beliau pergi. Itulah kenangan paling manis dalam sejarah menjadi penyanyi," katanya.

Lagu Serampang Laut merupakan duet antara Allahyaryam Datuk Sharifah Aini bersama Herman Tino. Lagu itu menjadi siulan dan mendapat kejayaan sejak pertama kali diperdengarkan pada tahun 1986.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.