Berita Terkini
recent

Herman Tino jelas sebab 'tersilap pentas' semasa PRU13


PENYANYI era 80-an Herman Tino, menjelaskan sebab mengapa dia tiba-tiba boleh tersilap pentas semasa PRU13 apabila bertanding di kerusi Parlimen Tanjong Karang.

Herman atau nama sebenarnya Masrun Tamsi, 63 tahun menjelaskan bahawa dia sebenarnya marah membuatkan dia mengambil keputusan untuk masuk bertanding.

"Saya ini sebenarnya penyanyi, bukan ahli politik. Saya sayang parti Umno dan saya marah bila satu kapal ada dua nakhoda hingga ada rakan saya terpinggir sebab itu boleh tersilap pentas.



"Masa itu, memang tidak dijangka apabila saya buat keputusan untuk bertanding dalam masa yang singkat. Tiada jentera  hanya kawan-kawan yang bantu, saya memang dah jangka kalah pun," katanya ketika FB Live Sinar Harian, hari ini.

Herman tumpas di tangan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Tan Sri Noh Omar.


Penyanyi yang bertanding untuk Parlimen Tanjung Karang ini hanya meraih 340 undi berbanding calon BN (20,548 undi) dan Pas (16,154).

Sementara itu, beliau berkongsi penerimaan keluarganya terutama isterinya, Noraini Ibnu yang merupakan seorang DJ Radio apabila masuk bertanding.

"Isteri tidak tegur saya selama tiga bulan sebab itu, cuba pujuk pun tak jalan. Mujurlah dia nak juga maafkan saya," katanya.

Dalam pada itu, Herman juga mengatakan bahawa dia sudah memohon untuk menyertai Umno semula namun sehingga kini masih belum diterima.

"Bila bertanding, automatik keahlian kena lucut, jadi saya mohon balik supaya dimaafkan, Noh Omar pun ada suruh juga tapi sampai sekarang masih tidak 'diumnokan'.

"Itu yang saya pelik, orang lain ada dah masuk macam-macam parti bila kembali, diterima tapi untuk kes saya pula belum lagi. Tapi macam mana pun saya masih lagi sayang dengan parti Umno," katanya.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.