Berita Terkini
recent

Harga diesel hari ini tertinggi dalam sejarah

Menjelang minggu pertama tahun baru 2018 ini, rakyat terpaksa akur dengan kenyataan harga minyak kembali naik.

Bagaimanapun, mimpi ngeri buat seluruh rakyat Malaysia apabila harga diesel naik lebih mahal daripada RON95 dan RON97.

Pengguna Facebook, Peter Hadir Merang mengatakan bahawa harga diesel kini sudah mencatat sejarah tersendiri untuk permulaan tahun baru.

"Hari ini dalam sejarah diesel naik ke paras tinggi daripada petrol. Terima kasih pihak terlibat," tulisnya.

Turut menyokong pengguna Facebook, Noor Hezmi.

"Diesel telah mengatasi harga petrol, ia kegunaan utama kenderaan berat untuk perdagangan," tulisnya pula.

Dalam pada itu, ada juga netizen yang kesal pihak terlibat gagal menunjukkan anak panah turun naik harga minyak sewaktu mengumumkan harga seperti Anson Lee.

"Anak panah mana? dah berapa lama netizen minta tapi masih melakukan kesilapan yang sama," tulisnya.

Ada juga netizen yang memerli bahawa admin Facebook  Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) tidak tahu mengenai grafik komputer seperti Muhamad Faiz.

"Aku malas nak tegur mengenai isu anak panah ini, kena terima sebenarnya 'noob' pasal komputer. Berhenti kerja sahaja lah wei," tulisnya.

Bagaimanapun, ada juga netizen yang cuba berfikiran positif mengenai isu ini seperti pengguna Facebook, Mohd Sobri Long.

"Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua, bersabar dan bersyukur menghadapi segala ujian daripada ALLAH SWT dalam mengharungi kehidupan di dunia yang sementara ini," tulisnya.


Harga runcit mingguan bagi petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik 3 sen  manakala harga diesel naik sebanyak 6 sen.

Mulai tengah malam ini, harga baru RON95 ditetapkan pada RM2.29 seliter manakala RON97 pula RM2.56  seliter.

Diesel pula akan dijual pada harga RM2.32 berbanding RM2.26 seliter pada minggu ini berkuatkuasa hingga 10 Januari.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.