Harap peminat tidak buat perbandingan

PENGACARA baharu program Nona, Mira Filzah mengharapkan agar peminat setia program popular ini tidak membandingkan dirinya dengan pengacara terdahulu.

Menyifatkan dirinya masih baru dalam bidang pengacaraan, Mira mohon agar diberikan ruang dan masa untuk menyesuaikan diri dan memberikan yang terbaik untuk program kegemaran ramai ini.

“Mira tahu mungkin ada yang akan membandingkan penampilan Mira dengan pengacara-pengacara lain sebelum ini yang kebanyakannya terdiri daripada nama-nama besar dalam dunia penyiaran.


“Apa yang Mira harapkan agar penonton atau peminat setia Nona memberikan ruang kepada Mira untuk tampil dengan gaya penyampaian sendiri.

“Untuk episod awal ini Mira akui masih kelihatan kekok dan agak gementar di depan kamera, namun berilah Mira sedikit masa, insya-ALLAH Mira akan perbaiki segala kekurangan dari masa ke semasa,” ujarnya yang kini sudah menjalani tiga episod awal Nona.

Lebih 30 tahun bersiaran, Nona sebelum ini pernah diterajui oleh Ezzah Aziz Fawzy, Nurfarahin Jamsari, Puan Sri Normala Samsudin, Azizah Ariffin, Sharifah Shawati, Nurul Syuhada Nurul Ain, Maya Karin, Fiza Sabjahan dan lain-lain.

“Jujurnya Mira agak terkejut ketika mula-mula dapat tawaran untuk mengendalikan Nona, namun dalam masa yang sama agak teruja kerana ia antara program impian Mira semenjak dulu lagi.

“Insya-ALLAH Mira akan cuba menggalas tanggungjawab ini dengan sebaiknya dan meneruskan misi Nona dalam menyalurkan informasi kepada golongan wanita dan masyarakat amnya,” katanya yang pernah mengacarakan program Mahligai Cinta selama dua musim sebelum ini.
Harap peminat tidak buat perbandingan Harap peminat tidak buat perbandingan Reviewed by Kakigosip on 05:37:00 Rating: 5
Powered by Blogger.