Hairul, Hanis tidak mahu anak bekerja

MENJADI si cilik terkenal, Yusuf Iskandar kerap ditawarkan berlakon serta model produk.

Namun, ibu bapanya yang juga pasangan selebriti, Hairul Azreen dan Hanis Zalikha enggan menerima tawaran itu lantaran tidak mahu anaknya dilihat seperti ‘bekerja’.

Tambahan pula, kata Hanis, suaminya juga bersikap melindungi selain enggan terlalu mendedahkan anak pada umum,

Pun begitu, katanya, Yusuf bakal tampil dalam program realiti sendiri, My Little Heroes - Yusuf & Bujibu.

Lebih istimewa, program realiti itu turut menampilkan kucing kesayangan mereka, Bujibu Chempel.

Mengulas lanjut, kata Hanis, tawaran itu diterima selepas menetapkan beberapa garis panduan kepada produksi.

“Bila ia program realiti, tiada unsur create content sebaliknya hanya merakam aktiviti seharian Yusuf dan Bujibu. Shooting hanya lima jam sehari iaitu ketika dia sedang bermain atau di luar rumah. Tiada paksaan dan spontan agar Yusuf selesa,” katanya.

Pasangan ini juga sedia menerima kritikan netizen mengenai cara mereka membesarkan anak.

“Bila dah setuju berkongsi pada umum, kami harus berlapang dada mengenai perkara itu dan tak boleh terlalu sensitif. Netizen juga sekadar berkongsi pengalaman mereka,” katanya yang berpendapat program ini bakal meninggalkan kenangan terindah buat Yusuf, apabila dewasa kelak.

My Little Heroes - Yusuf & Bujibu menemui penonton setiap Rabu, jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123), mulai 31 Januari ini.
Hairul, Hanis tidak mahu anak bekerja Hairul, Hanis tidak mahu anak bekerja Reviewed by Kakigosip on 06:15:00 Rating: 5
Powered by Blogger.