Hafiz timang bayi lelaki

JUARA Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7), Hafiz Suip selamat menyambut kelahiran bayi sulungnya, hari ini.

Pelantun lagu Bahagiamu Deritaku ini berkongsi berita gembira tersebut menerusi akaun Instagramnya (IG), kira-kira sejam lalu.

Hafiz memuat naik gambar kaki bayi lelakinya yang dilahirkan di sebuah pusat perubatan swasta, jam 8.06 pagi tadi.

"Assalamualaikum semua, pertama sekali saya bersyukur ke hadrat ILLAHI di atas kurnia-NYA cahaya mata yang amat bermakna dalam hidup.

"Ia hadiah pembuka tirai untuk tahun 2018 buat hambanya yang lemah ini," tulisnya.


Malah, selebriti berusia 27 tahun ini turut berterima kasih kepada isterinya, Nureffy Jasreel Abdullah, keluarga dan sahabat serta peminat kerana meninggalkan momen terbaik di dalam hidupnya.

"Million thanks to my beautifull wife, Nureffy Jesreel for giving me the most wonderful moment and treasure for this wonderful year.

"Thanks to our parents, family and sahabat as well yang sanggup datang memberikan sokongan moral buat kami berdua.

"Tidak lupa juga kepada semua yang mendoakan kami berdua," luahnya.

Pada masa sama, Hafiz turut berterima kasih dengan kakitangan hospital yang memberikan khidmat terbaik sepanjang proses kelahiran anak sulungnya itu.

"Dan... terima kasih juga diucapkan kepada doktor dan kakak-kakak jururawat yang memberikan khidmat terbaik menyambut kelahiran anak sulung saya," tulisnya.

Pasangan dua sejoli ini bernikah pada 14 Mei 2016.
Hafiz timang bayi lelaki Hafiz timang bayi lelaki Reviewed by Kakigosip on 05:23:00 Rating: 5
Powered by Blogger.