Hadiah untuk Datuk Seri Siti Nurhaliza

PENYANYI tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza terharu apabila beberapa stesen radio menyediakan segmen istimewa sempena sambutan hari lahirnya yang ke-39, hari ini.

Berkongsi berita gembira itu di Instagram (IG), pelantun lagu Segala Perasaan ini menyifatkan ia sebagai satu penghormatan besar buatnya.

"Swipe untuk melihat keseluruhan jadual siaran segmen istimewa ini pada hari ini, 11 Januari 2018 di stesen-stesen radio.

"Saya terharu apabila pihak radio-radio ini (saya yakin stesen lain juga mendukung perjalanan karier saya dengan cara tersendiri) mengadakan segmen khas sempena ulang tahun kelahiran saya.


"Ini merupakan satu penghormatan yang tidak pernah saya jangka," tulisnya.

Bahkan, pemilik nama penuh Siti Nurhaliza Tarudin ini juga percaya yang penyanyi dan stesen radio seharusnya mempunyai persahabatan yang sangat akrab.

"Kerjasama di antara penyanyi dan stesen radio ibarat aur dengan tebing, saling memerlukan dan mendukung di antara satu sama lain.


"Sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua stesen radio yang mengadakan slot istimewa hari ini dan menjadi hadiah yang bermakna buat saya.

"Alhamdullillah, Terima kasih @hotfm976 @era.je @gegar.my @sinar_my @suriamalaysia @manisfm @bestfmmalaysia @koolfmmy dan semua stesen radio yang telah mendukung kerjaya saya sehingga ke hari ini," sambil disertakan #HappyBirthdaySitiNurhaliza.


Bukan itu sahaja, penyanyi lagu Terbaik Bagimu ini turut memuat naik video kejutan sambutan hari lahirnya oleh stesen radio Hot FM dan Kool FM pada 9 Januari lalu.

"Alhamdullillah.. terima kasih @hotfm976 & @koolfmmy yang buat kejutan buat saya..," kongsinya.
Hadiah untuk Datuk Seri Siti Nurhaliza Hadiah untuk Datuk Seri Siti Nurhaliza Reviewed by Kakigosip on 05:10:00 Rating: 5
Powered by Blogger.