Gong Seung, Yoo Mi Ditipu Selama Dua Tahun

PELAKON Gong Seung dan Jung Yoo Mi mendedahkan mereka masih belum menerima bayaran untuk kemunculan dalam drama berjudul Master: God Of Noodles yang bersiaran dua tahun lalu.

Menurut sumber terdekat agensi Jung Yoo Mi pada Selasa, pelakon wanita itu masih menunggu bayaran sebanyak $75,200 dan sehingga kini sebarang pembayaran masih belum dibuat.

"Dia belum terima lagi bayaran $75,200 untuk kemunculannya dalam drama tersebut. Sehingga kini masih tidak tahu bila dia akan terima bayaran tersebut.

"Bagaimanapun, kami akan siasat tentang perkara tersebut dan tidak ada cara lain untuk kami selesaikan.

"Kami hanya mampu tunggu sahaja," kata sumber.

Manakala wakil daripada pihak agensi Gong Seung Yeon pula melaporkan perkara yang sama dan mengesahkan pelakon wanitu itu belum menerima bayaran penuh.

Selain itu, pelakon Kim Woo Bin, Ku Hye Sun dan Kim Min Jung mengalami nasib yang sama.



Gong Seung, Yoo Mi Ditipu Selama Dua Tahun Gong Seung, Yoo Mi Ditipu Selama Dua Tahun  Reviewed by Kakigosip on 07:33:00 Rating: 5
Powered by Blogger.