Berita Terkini
recent

Gadis meninggal dunia selepas pengsan di pasaraya

Seorang gadis disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan selepas dia pengsan di sebuah pasaraya di pekan Bahau tengahari tadi.

Gadis berusia 18 tahun itu dipercayai pengsan ketika sedang berjalan jalan bersama rakan-rakannya di sebuah pasaraya berkenaan.

Kejadian sekitar jam 12.15 tengahari itu bagaimana pun mengejutkan orang ramai yang lalu lalang.

Menurut seorang saksi, dia sempat menghubungi ambulans yang datang kira-kira 15 minit selepas itu dan mengesahkan gadis itu telah meninggal dunia.

"Ibu gadis itu yang tiba di lokasi pengsan apabila mendapati anaknya telah meninggal dunia," katanya.

Sementara itu,  polis masih belum memberi sebarang maklumat lanjut berhubung kes ini setakat jam 7 malam.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.