G-Dragon Dikecam Peminat Kerana Foto Di Instagram

PENYANYI G-Dragon sekali lagi menjadi perhatian peminat selepas dia bertindak memuat naik gambarnya yang memperlihatkan susuk tubuhnya yang semakin kurus.

Koreaboo melaporkan gara-gara gambar itu yang dimuat naik di Instagram, peminat meluahkan kebimbangan terhadap perubahan fizikalnya yang mendadak kerana merasakan ada sesuatu tidak kena dengannya.

Ramai menyifatkan susuk tubuhnya itu terlalu kurus sehingga otot yang dimilikinya sebelum ini tidak lagi kelihatan.

Gambar yang dimuat naik GD di Instagram menerima kecaman peminat.

"Di mana otot anda? Ia sudah tidak kelihatan dan susuk tubuh anda kelihatan terlalu kurus.

"Adakah awak okay GD? Jangan buat kami bimbang dengan keadaan awak," tulis peminat di ruangan komen.

Malah ada meminta anggota kumpulan Big Bang itu agar tidak mendedahkan badannya selain menjaga kesihatan.



G-Dragon Dikecam Peminat Kerana Foto Di Instagram G-Dragon Dikecam Peminat Kerana Foto Di Instagram Reviewed by Kakigosip on 07:35:00 Rating: 5
Powered by Blogger.