Berita Terkini
recent

Fizo Omar kesal sikap netizen

PELAKON, Fizo Omar berharap agar netizen dapat menghentikan segala tohmahan dan kecaman berhubung kes penahanan Datuk Farid Kamil, pada 11 Januari lalu.

Malah, selebriti berusia 33 tahun ini turut menyeru agar netizen lebih bersifat berhemah dan bertanggungjawab demi kesejahteraan keluarga Farid.

"RESPECT LA!. Cabaran kita semua berbeza. Korang tahu ke esok lusa apa cabaran untuk kita pulak?

"Maaf la aku sedih bila dok tengok netizen bantai FK bertalu-talu, apa perasaan wife dia, anak-anak dia dan family dia? Dia orang salah ke? Korang pernah fikir ke?," luahnya di Instagram (IG).

Katanya, setiap insan di dunia tidak akan terlepas daripada ujian ALLAH SWT.

"Setiap hambanya diuji mengikut kemampuan masing-masing. Kita tidak tahu tahap mana kemampuan kita.

"Ukurannya adalah berdasarkan ujian yang diberikan oleh-Nya kepada kita. Hanya yang kuat akan diberikan dugaan yang setahap dengannya.

"ALLAH dah pilih dia untuk diuji dengan dugaan yang maha hebat ni hanyalah untuk orang hebat sahaja," tulisnya.


Malah, bintang filem Cinderella ini juga percaya semua yang berlaku pasti mempunyai sebab tersendiri dan dengan izin-NYA.

"Kot ye betul dia buat salah sekalipun, adakah dia minta jadi semua ni? Knowing him, dia sangat cool, caring dan responsible. So, kalau tak ada ‘something wrong’, i'm very sure dia takkan buat apa yang dah berlaku. There's must be something wrong behind it yang kita semua tak tahu.

"Cuma, yang tahu nak bantai seolah-olah dia ni tak pernah buat sebesar zarah kebaikan pun. Come on la! Hari ni hari dia, esok lusa akan tiba turn kita pulak.

"Yang pasti dan nyata tiada benda yang berlaku tanpa sebab dan hikmahnya," tulisnya lagi.

Bahkan, katanya, kehidupan di dunia tidak pernah lari dengan sebarang cabaran dan dugaan sebelum menempuhi sebuah kejayaan.

"Dugaan dan kejayaan adalah dua sahabat baik. Mereka tidak akan berpisah.

"Hadirnya dugaan percayalah kejayaan sedang menunggu di hadapan, capainya kejayaan sudah pasti dugaan sedang menanti. Itulah kehidupan duniawi," katanya.

Pun begitu, pelakon filem Tujuh Petala Cinta ini menafikan tindakannya itu dibuat kerana menjaga aib rakan sesama artis sebaliknya mahu netizen bersikap terbuka.

"Please la semua, aku bukan nak back up sebab dia ni kawan celebrity ke apa, tapi nak komen tu fikirlah dulu. Dia pun tak nak jadi macam ni. Then kenapa ALLAH izinkan berlaku pasti ada sebab yang kita semua pun tak tahu.

"Hati aku berkata kata ni bukan untuk menutup kesalahan yang dia buat, cuma aku nak kita semua berfikir sekejap dan bersedia bila tiba giliran kita pulak. Entah esok atau lusa brother!

"Ini ingatan untuk aku dan semua... Satu jari kita tunjuk kepada orang, lagi sembilan jari mengadap diri sendiri," katanya.

Sehubungan itu, anak jati Kota Bharu, Kelantan ini berharap agar Farid dan Diana terus tabah menghadapi dugaan.

"Aku harap DD dan family stay strong dan aku doakan hikmah di sebaliknya akan membawa kebaikan kepada FK dan family.

"Bro FK, aku tahu kau kuat, percayalah cakap aku, the hardest challenges in every level is the last check point before u proceed to the higher level!, " katanya.

Terdahulu, Farid ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan berhubung kes mengamuk dan menyerang seorang anggota polis serta dua orang awam di Balai Polis Trafik Kota Damansara, pada 11 Januari lalu.

Majistret Zakir Asyraf Zubir membenarkan permohonan itu.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.