Fizo Omar dedah nama anak

SELEPAS dua minggu bergelar bapa, Fizo Omar memilih nama, Wan Maryam Wan Hafizol untuk puteri sulungnya.

Pengumuman itu dilakukan sendiri oleh selebriti berusia 33 tahun ini di laman sosialnya.

"Assalamualaikum...Hye semua uncle dan aunty kawan daddy dan mummy dlm IG dan FB ni.

"Nama saya Wan Maryam binti Wan Hafizol. Hari ni genap dua minggu umur saya. Terima kasih kepada yang mendoakan kami semua selama ini," tulisnya.

Bahkan, bintang filem Cinderella ini turut berterima kasih kepada isterinya, Mawar Abdul Karim di atas pengorbanannya selama ini.


"Saya nak ucapkan terima kasih banyak kepada mummy rose @mawar_karim yang 24 jam bersama saya selama 9 bulan ni.

"Mummy bertarung nyawa nak lahirkan saya pada 29 Dis 2017. Saya pula asyik tendang perut mummy je sebelum ni. Sorry yea mummy!," kongsinya.

Pada masa sama, anak jati Kota Bharu,  Kelantan ini menyifatkan kelahiran Wan Maryam sebagai satu anugerah terindah dari Tuhan.

"Empat tahun mummy dan daddy tunggu saya dan saya tahu yang paling happy adalah neny saya, Pn Faridah dan Tok Bah saya, En Aminuddin sebab saya ni cucu pertama.

"Tok Ma pun happy sangat sebab dia selalu cakap satu ja permintaan dia yang belum capai adalah nak tengok anak Fizo.

"Alhamdulillah, dengan kehadiran saya ni semoga membawa keberkatan dan menggembirakan semua orang. Doakan saya sentiasa sihat dan menjadi anak yang solehah," tulisnya sambil disertai #fizomawar#wanmaryam
Fizo Omar dedah nama anak Fizo Omar dedah nama anak Reviewed by Kakigosip on 05:42:00 Rating: 5
Powered by Blogger.