Fazley Serbu 3 Lokasi Terbaik Coconut Shake di Kelantan

Penyanyi dan cef selebriti popular, Datuk Fazley Yaakob dengan kerjasama peneraju minuman terkenal, Fraser and Neave Holding Sdn Bhd (F&N), menjelajah ke Kelantan bertujuan mencari empat lokasi terbaik peniaga menjual minuman Coconut Shake terbaik di negeri tersebut.

Menurut Fazley, 39, idea untuk mengadakan jelajah ini tercetus memandangkan negeri Cik Siti Wan Kembang itu mencatat statistik tertinggi pengguna yang membeli ais krim tersebut di Malaysia.

Di kesempatan itu, Fazley juga memberi penghargaan berupa cenderamata khas kepada para peniaga terpilih selain galakkan agar lebih banyak lagi usahawan dalam bisnes seumpama ini.

"Menurut statistik, masyarakat di Kelantan paling ramai membeli ais krim ini. Jadi, faktor utama itu yang membuatkan saya mendapat idea untuk mengadakan jelajah Coconut Shake terbaik di negeri ini.

"Dalam waktu sama, saya dapat memberi peluang kepada para peniaga selain menggalakan lebih banyak usahawan yang menceburi perniagaan seumpama ini," katanya kepada Malaysian Digest yang dibawa bersama rombongan jelajah tersebut, hari ini.

Fazley yang juga merupakan jurucakap salah satu produk F&N, King's Ice Cream sejak empat tahun lalu berkata, lokasi yang dipilih berdasarkan cadangan daripada orang ramai yang berkongsi mengenai lokasi-lokasi tersebut menerusi platform media sosial F&N juga di akaun media sosial miliknya.

Sebanyak empat lokasi terpilih iaitu Mak Liza Coconut Shake yang terletak di Wakaf Che Yeh, Abe Manja Coconut Shake (Pasir Mas) dan Restoran Aisyah (Tumpat).

Tidak ketinggalan, bapa kepada empat cahaya mata itu yang kini terlibat sebagai perancang strategik untuk King's Ice Cream akan meneruskan jelajah ini di negeri lain dari masa ke semasa tidak lama lagi.

"Saya gembira kerana melaksanakan jelajah ini dan apa yang di rancang berjalan dengan lancar. Selain itu saya turut berterima kasih kepada Malindo Air dan hotel Perdana yang menaja penerbangan serta penginapan sepanjang jelajah ini," katanya.

Sementara itu, Pegawai Eksekutif Jenama F&N, Carren Khor berkata, pihaknya tertarik untuk mengetengahkan minuman coconut shake kerana ia semakin digemari masyarakat.

"Sejak kebelakangan ini ramai suka minuman ini, jadi kami mendapat idea untuk mencari lokasi coconut shake yang paling menjadi tarikan dan terbaik di seluruh Malaysia.

"Kami mulakan jelajah di sini dan akan diteruskan di negeri lain selepas ini. Daripada semua lokasi yang dikunjungi itu nanti, kami akan memilih tiga gerai paling terbaik antara semua," katanya.
Fazley Serbu 3 Lokasi Terbaik Coconut Shake di Kelantan Fazley Serbu 3 Lokasi Terbaik Coconut Shake di Kelantan Reviewed by Kakigosip on 05:50:00 Rating: 5
Powered by Blogger.