Farid Semakin Ceria & Bersemangat, Sempat Bagi 'Flying Kiss'

Kes pelakon Datuk Farid Kamil terus mendapat perhatian masyarakat dan menjadi berita utama media-media tempatan.

Menerusi foto dan video yang tersebar di laman sosial menunjukkan reaksi dan wajah Farid hari ini kelihatan semakin ceria dan bersemangat berbanding hari pertama penahananya pada Khamis minggu lalu.

Memetik laporan Harian Metro, Farid berkata beliau mencintai isterinya, aktres Datin Diana Danielle serta sangat merindui kedua-dua anaknya, Mohammad, 5 dan Aurora, 2.

Perasaan itu diluahnya ketika dia dikerumuni pihak media, sambil berjalan keluar dari Kompleks Mahkamah Petaling Jaya, pagi ini.

"Saya rindukan anak-anak dan memang harapkan Diana datang.

“Alhamdulillah, saya okey. Semuanya baik-baik saja. Saya gembira isteri dan keluarga hadir hari ini. Saya mengharapkan sokongan mereka.

“Pesan saya untuk isteri, I love you," katanya.

Laporan sama menyebut, Farid juga memberitahu, sepanjang berada dalam tahanan dia berada dalam keadaan baik dan sihat.

Pelakon filem Pinjamkan Hatiku itu juga tidak lupa mengucapkan terima kasih atas sokongan peminat.

"Terima kasih kepada semua peminat yang sentiasa memberi sokongan,” katanya.

Manakala menerusi video yang dimuat naik di laman Instagram Hlive merakamkan aksi Farid yang tersenyum dan sempat memberikan 'flying kiss' saat namanya dipanggil pihak media.


Video tersebut mendapat pelbagai reaksi positif daripada netizen yang rata-ratanya gembira dengan perkembangan pelakon itu dan berharap agar Farid terus bersemangat dan tabah.
Farid Semakin Ceria & Bersemangat, Sempat Bagi 'Flying Kiss' Farid Semakin Ceria & Bersemangat, Sempat Bagi 'Flying Kiss' Reviewed by Kakigosip on 13:57:00 Rating: 5
Powered by Blogger.