Berita Terkini
recent

Farid 'Ingatkan' Netizen Jangan Berani Kutuk Menteri

Pelakon aksi terkenal Datuk Farid Kamil semalam, ada memuat naik kenyataan di laman sosial Instagram miliknya berbaur politik sekaligus 'menegur' netizen agar tidak sesuka hati menghina pemimpin-pemimpin negara.



Kenyataan tersebut berikutan satu artikel dari sebuah portal berita yang bertajuk 'Khairy Handsome Tapi Sekadar Ilusi'. Artikel tersebut menggambarkan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin belum cukup mampu untuk memimpin generasi anak muda dan hanya bergantung pada gelaran "Tall, Dark & Handsome" saja.

Farid menerusi kapsyen yang ditulis menggambarkan bahawa pengkritik akan berdepan dengan masalah besar sekiranya lantang mengkritik pemimpin-pemimpin negara kerana menyifatkan mereka mempunyai 'kuasa'.

"Assalamualaikum... jangan berani hina menteri2 'K Malaysi...!!! , mereka semua ada 'kuasa' Persatuan anak Raja2 Malaysia tau... #harapanBaru #pemimpinmuslim #uitmdihatiku #pemimpinpelajarMalaysia #oxfot

Namun apa yang menarik, Farid juga ada meninggalkan pesan kepada Khairy @khairyKJ, kemungkinan besar bahawa waris beliau tidak akan turun mengundi pada pilihan raya tahun ini.

P/S... Chief Y.B @khairykj sorry warih den tak balik ngundi tahun ni... torlolappp matooo ni haaa dek Cendawan Goreng @cendawangoreng_terlolapmato

..

Status anak kelahiran jati Kedah mendapat pelbagai reaksi netizen dan rata-rata memberi komen memuji tindakan berani suami aktres Diana Danielle itu yang mengeluarkan pandangan.

Sejak kebelakangan ini, bukan Farid saja yang menyuarakan pandangan mengenai keadaan semasa dan isu politik negara malah beberapa artis lain seperti Adibah Noor, Sheila Majid dan yang paling kontroversi, aktres Nur Fathia Latiff juga ada berkongsi pendapat di laman sosial masing-masing.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.