Farid Dapat Izin Pulangkan Gelaran Datuk

Menerusi laporan Kosmo! pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menerima baik sekiranya pelakon dan pengarah filem popular, Datuk Farid Kamil Zahari dengan rela hati mahu memulangkan semula Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang dianugerahkan kepadanya pada 16 Disember tahun lalu.

Tanpa menyebut nama, Tengku Abdullah mengakui baginda berasa dukacita dengan tindakan pelakon berkenaan yang didakwa di mahkamah kerana menampar seorang anggota polis dan menendang dua orang awam dalam kejadian di Balai Polis Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor pada 11 Januari lalu.

"Semua individu yang mendapat (gelaran) Datuk telah tersurat dan tersirat dalam etika untuk (layak) memakai gelaran itu.

"Kalau hendak diikutkan hati, nak tarik semua (anugerah kebesaran negeri). Saya dukacita kalau terdapat individu yang digelar Datuk berkelakuan seperti ini.

"Kalau dia hendak pulangkan, terpulanglah. Kalau dia sedar dan dia hendak pulangkan, itu lebih baik,” titah baginda kepada pemberita.
Farid Dapat Izin Pulangkan Gelaran Datuk Farid Dapat Izin Pulangkan Gelaran Datuk Reviewed by Kakigosip on 13:44:00 Rating: 5
Powered by Blogger.