Berita Terkini
recent

Ezam dedah rahsia 1MDB selepas Parlimen bubar

Selepas sepuluh tahun meninggalkan PKR, bekas Ketua Angkatan Muda (AMK) PKR, Mohamed Ezam Mohd Nor buat pertama kali kembali berucap di pentas parti itu, Sabtu lalu.

Mohamed Ezam hadir atas kapasiti penceramah jemputan pada ceramah isu semasa Melawan Kleptokarasi anjuran PKR Cabang Hulu Selangor di Dewan Komuniti Kerling bersama lima pemimpin lain dari Pakatan Harapan (PH).

Beliau berkata, dia akan mendedahkan semua maklumat berkaitan salahguna kuasa dan penyelewengan berkaitan 1MDB sebaik sahaja Parlimen dibubarkan bagi menghadapi PRU14 nanti.

Menurutnya, segala maklumat berkenaan diperoleh ketika beliau memegng jawatan Pengarah Komunikasi di Kementerian Kewangan Malaysia.

"Saya sertai Umno pada 2008 kerana mendapat komitmen jelas dari Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang melakukan perubahan besar dalam usaha memerangi rasuah dengan menggubal akta Badan Pencegahan Rasuah (BPR) kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Satu lagi tumpuan saya adalah OSA (Akta Rahsia Rasmi) namun saya lihat akta bukan sahaja gagal digubal sebaliknya disalah guna ke atas PAC bagi laporan 1MDB.

"Saya tidak boleh berkompromi dalam soal ini apabila saya dapati ada berlaku kecurian duit.. bukan sikit tapi bilion yang masuk ke akaun sendiri dan ini bukan rasuah biasa tapi beri implikasi besar,"katanya.

Mohamed Ezam berkata, beliau tidak menolak berlaku rasuah di Selangor tetapi yakin ia tidak berada di tahap yang boleh menghancurkan negara seperti sedang berlaku di Putrajaya.

Menurutnya, cara yang dilakukan seorang pemimpin negara itu menyebabkan ramai pemimpin lain mengikut jejak langkah sedemikin seperti kes 'jumpa duit di dalam almari'.

"Sekarang ini jangan banyak soal kenapa saya keluar Umno atau berucap di pentas PKR... sebaliknya kita tunggu untuk jatuhkan pemimpin yang menyamun ini.

"Kalau cari dedak, saya tidak akan tinggalkan kementerian kewangan... sebab itu Tun Mahathir (Mohamad) lawan kerana beliau nampak dan kalau tak melawan, negara akan hancur.

"Sebaik Parlimen dibubarkan, saya akan dedahkan semua penyalahguna kuasa dan penyelewengan berkaitan 1MDB... kita hukum setiap anggota Parlimen kerana membiarkan pemimpin mereka menyamun," katanya.

Program ceramah menjelaskan memgenai isu semasa itu dibarisi Adun Batu Caves, Amirudin Shari dan Naib Ketua AMK, Dr Arif Baharuddin.

Hadir sama, Adun Sri Andalas, Dr xavier Jayakumar, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamarudin dan Penyelaras PKR Parlimen Hulu Selangor, Khalid Jaafar.

Mohamed Ezam memulakan karier politik sebagai ahli Umno namun mengumumkan keluar Umno pada 1998 bagi menyertai PKR.

Beliau kemudian meninggalkan PKR pada 2007 kerana hilang keyakinan terhadap bekas ketuanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Setahun kemudian pada 28 Mei 2008, Mohamed Ezam menyertai semula Umno dan pernah dilantik sebagai senator pada 2010 sebelum memegang jawatan Pengarah Komunikasi di Kementerian Kewangan Malaysia bermula 15 Mac 2014.

Kali terakhir beliau berkhidmat di Kementerian Kewangan sebelum dilantik semula menyertai Kementerian itu ialah pada 1998.

Pada 2 Oktober 2016, Mohamed Ezam sekali lagi mengambil keputusan keluar Umno bagi mempertahan dan berjuang demi melakukan perubahan (islah) berkaitan rasuah serta OSA.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.