Eric Clapton Hampir Pekak

Lagenda pemuzik genre Blues, Eric Clapton mendedahkan beliau pernah menderita akibat gejala tinitus dan berkemungkinan akan kehilangan deria pendengaran.



Tinitus ialah gangguan bunyi bising di dalam kepala atau deringan di dalam telinga sama ada sebelah sahaja mahupun kedua-duanya ini, tanpa kehadiran bunyi luaran.

Pelantun 'Wonderful Tonight' itu juga mengaku dia sangat risau dengan gejala tersebut. Tambahan dia juga mengidap neuropati perifer yang menyebabkan kelemahan pada tangan dan kaki sehingga menyukarkan dia untuk bermain gitar.

"Satu-satunya perkara yang saya bimbangkan sekarang ialah saya sekarang sudah menjangkau 70-an"

"Maksud saya, saya akan pekak, saya mengidap tinitus, tangan saya hanya bekerja, saya berharap orang akan datang dan lihat (persembahan) saya hanya kerana, atau mungkin lebih daripada kerana saya rasa ingin tahu. Saya tahu itu adalah sebahagian daripadanya, kerana ia menakjubkan kepada diri saya, saya masih di sini," kata gitaris berusia 72 tahun dalam satu temubual bersama BBC Radio 2.

Dalam pada itu Clapton yang semakin terbuka berkongsi mengenai kesihatan dirinya berkata beberapa tahun kebelakangan iaitu ketika tampil dengan album pada tahun 2016 bertajuk I Still Do, sekeping foto dipaparkan menunjukkan dia memainkan gitar dengan memakai sarung tangan kerana menghidapi ekzema).

Dalam temubual baru-baru ini bersama Rolling Stone, Clapton berkata, "Saya sekarang baik sejak dalam dua tahun terakhir ini," tetapi mengakui, "bermain sukar juga.

Clapton juga bercakap tentang perjuangannya melawan ketagihan dadah dan alkohol.

"Saya dibelenggu masalah tersebut selama 20 tahun," kata Clapton.

Dia terpaksa membiasakan diri minum minuman khas dengan vodka, kerana ia kelihatan seperti hanya minum arak, tetapi sebenarnya tidak.

Sementara itu, beliau masih aktif dan akan mengadakan beberapa konsert antaranya di New York dan Los Angeles pada Mac depan.
Eric Clapton Hampir Pekak Eric Clapton Hampir Pekak Reviewed by Kakigosip on 05:49:00 Rating: 5
Powered by Blogger.