Enrique, Anna Akhirnya Kongsi Foto Si Kembar

Umum sedia maklum, penyanyi Enrique Iglesias merupakan salah satu artis sangat menjaga privasi tidak berkongsi hal peribadinya kepada umum apatah lagi 'menayangkan' di media sosial.

Bagaimanapun, demi tidak mengecewakan peminat, bintang yang menjalani hidup bersama bekas ratu tenis dunia, Anna Kournikova ini terbuka hati untuk berkongsi harta paling tidak ternilai di perolehinya baru-baru iaitu sepasang cahaya mata kembar.

Bayi-bayi comel yang lahir pada 16 Disember lal itu diberi nama Nicholas dan Lucy Iglesias. Genap sebulan kelahiran kembar itu, Enrique dan Anna memuat naik foto anak-anak mereka di laman Instagram masing-masing.

Ini merupakan foto pertama yang mereka kongsikan kepada umum.

Foto yang dimuat naik Enrique menunjukkan anaknya itu sedang tidur nyenyak dan beserta kapsyen "sinar matahariku"

Sementara foto yang dikongsi Anna pula menunjukkan aksi dia sedang mencium salah seorang anaknya

Pasangan ideal Hollywood ini sudah menjalinkan hubungan selama 16 tahun dan kini mereka menjalani kehidupan bahagia dan penuh privasi di sebuah pulau persendirian milik mereka di Miami Beach.

Enrique, Anna Akhirnya Kongsi Foto Si Kembar Enrique, Anna Akhirnya Kongsi Foto Si Kembar Reviewed by Kakigosip on 13:47:00 Rating: 5
Powered by Blogger.