Elaine Daly selektif pilih watak, seiring komitmen

PELAKON dan model, Elaine Daly akui pada fasa sekarang, dia lebih gemar lakukan kerja di sebalik tabir selain beri fokus penuh terhadap keluarga.

Katanya, komitmen terhadap kerjaya baru sebagai salah seorang 'tulang belakang' kepada platform strem video Malaysia, Hurr.tv memberi lebih banyak peluang untuk dia terus berkarya.

“Kalau nak dikatakan berhenti berlakon, tidaklah. Cuma buat masa ini, saya lebih selesa beri sepenuh perhatian kepada produksi Hurr.tv selain Miss Universe Malaysia. Pada masa sama, saya pun tengah mengandung anak kedua. Jadi selain kerja, kena dapatkan rehat yang cukup,” kongsi Elaine kepada Sinar Harian.

Bagaimanapun, jelas Elaine, dia tidak akan melepaskan peluang jika tawaran berlakon itu hadir tepat pada masanya.


“Siapa tahu, jika selepas ini ada naskhah bagus yang datang dan masa pun mengizinkan sudah pasti saya akan terima. Kena lebih selektif berbanding dulu. Apa pun, saya sudah lama tidak berlakon. Kali terakhir pada Aidilfitri lalu. Cuma buat masa sekarang, biarlah saya beri komitmen terhadap kerja lain terlebih dahulu.

“Setakat ini semuanya berjalan seperti  diharapkan dan saya bertuah kerana suami juga banyak memberi dorongan,” kongsi Elaine yang turut merancang mahu menerbitkan beberapa drama pendek dalam masa terdekat.

Dalam perkembangan lain, bekas Ratu Malaysia/Universe 2003 ini juga tidak dapat menyembunyikan keterujaannya apabila usia kandungannya sudah mencecah empat bulan.

“Awal tiga bulan pertama, saya alami alahan yang agak teruk. Sekarang semuanya baik- baik saja. Anak sulung kami pun tak sabar untuk ada ahli keluarga baru yang bakal lahir,” katanya.

Elaine berkahwin dengan suaminya, seorang doktor asal Afrika Selatan, Nick Boden pada Disember 2014 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Eva Jean Boden, dua tahun setengah.
Elaine Daly selektif pilih watak, seiring komitmen Elaine Daly selektif pilih watak, seiring komitmen Reviewed by Kakigosip on 18:58:00 Rating: 5
Powered by Blogger.