Berita Terkini
recent

Donnie Yen Muak 'Dipergunakan' Hollywood Untuk Pancing Penonton Asia

Bagi yang pernah menonton filem Rogue One: A Star Wars Story, pasti kenal dan ingat pada watak Chirrut Îmwe dalam lakonan yang cukup bersahaja oleh Donnie Yen. Namun ramai yang mungkin tidak tahu sebenarnya ada kisah negatif terhadap watak yang dihidupkan oleh bintang Hong Kong itu.

Menurut pelakon yang cukup dikenali menerusi trilogi Ip Man itu, Îmwe tidak ada bezanya dengan watak lain yang diberikan Hollywood kepadanya, dengan kata lain, stereotaip.

"Apabila saya menerima watak dalam Rogue One, saya rasa penting untuk saya mengembangkan watak berkenaan supaya kurang klise.

"Saya tahu mereka mahukan Donnie Yen kerana dia adalah Ip Man. Mereka mahu Ip Man dalam Rogue One. Saya faham, tapi saya tidak mahu melakonkan watak tipikal, jaguh seni bela diri Cina,” dedah Donnie ketika ditemubual majalah Prestige.

Jelas figura berusia 54 tahun ini lagi, justeru dia berbincang dengan penerbit bagi menambah lebih jiwa dalam watak Îmwe dan hasilnya dapat dilihat dalam naskhah akhir filem itu.

"Jika anda fikir watak Îmwe itu klise, anda perlu lihat skrip asal yang diberikan kepada saya. Itu sebab mengapa saya agak keberatan untuk menerima peranan itu," tambah Donnie.

Bagi Donnie, dia sudah muak dengan layanan Hollywood terhadap pelakon Asia. Mereka sering diberi watak kecil yang kadang kala tidak beri kesan langsung kepada jalan cerita semata-mata bagi memancing penonton Asia.

Selain Donnie, Rogue One turut menampilkan tiga pelakon aksi Indonesia Iko Uwais, Yayan Ruhiyan dan Cecep Arif Rahman namun sekadar watak kecil dengan dialog ringkas.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.