Berita Terkini
recent

Doktor suruh mak dibawa balik

IBU kepada penyanyi terkenal Amy Search yang mendapat rawatan di hospital, kini dimaklumkan telah dibawa pulang ke rumah setelah berbincang dengan doktor.

Menurut isteri Amy, Norhasliza Hassan, ibu mentuanya Hajjah Fatimah Haji Idris, 80an, tidak sakit cuma terlalu uzur.


"Doktor suruh bawa balik dari hospital sebab dah terlalu tua, tak boleh nak scan. Mak terlalu lemah, terlalu kurus.

"Alhamdullillah mak tak ada penyakit serius cuma  uzur sahaja. Jadi saya mohon jika ada yang terbaca dan mengenali mak boleh datang melawat," katanya.

Tambah Norhasliza, semalam telah diadakan malam pertama bacaan yasin dari grup marhaban kawan-kawan ibu mentuanya yang akan diteruskan sehingga tiga malam.

Sebelum ini Sinar Online telah melaporkan ibu Amy terjatuh ketika hendak ke bilik air.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.