Berita Terkini
recent

Ditegur Makan Banyak, Fazura Jawab "Kot Kot Mengidam"

Gara-gara ditegur makan banyak, pelakon dan penyanyi popular Fazura spontan berseloroh dirinya sedang mengidam seolah-olah memberi bayangan dirinya sedang berbadan dua.

Lapor Kosmo!, sebuah video yang dikongsi oleh akaun Instagram @divaletopsdotcom menunjukkan pelakon filem Ayat-Ayat Cinta 2 itu tiba-tiba ditegur oleh seorang wanita.

"Banyak makan sis. Tak makan ke tadi sis?," tanya wanita itu.

Fazura, 34, dengan bersahaja menjawab, "Bukan, kot kot mengidam ke apa. kot kot lah."

Jawapan Fazura itu disambut dengan keterujaan wanita berkenaan serta beberapa rakan yang lain sambil mendoakan perkara itu menjadi kenyataan.

Video itu diambil ketika Fazura berada di majlis pelancaran sebuah produk kecantikan, Trudolly, di London yang menampilkan dirinya sebagai duta produk tersebut.

Video tersebut mendapat lebih 100,000 tontonan dan rata-rata peminat melalui ruangan komen juga mendoakan agar pelakon jelita itu benar-benar hamil dan segera menimang cahaya mata.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.