Berita Terkini
recent

Didie Alias bakal timang cucu lelaki

TERUJA bergelar nenek, Didie Alias bakal menimang cucu lelaki, pada Mac nanti.

Kini, anak sulungnya, Nur Dhaniyah Mohd Ridzuan sedang hamil enam bulan.

"Alhamdulillah, tak sabarnya. Maklumlah cucu pertama. Insya-ALLAH, cucu lelaki.

"Bolehlah dia panggil saya nannygaga je nanti," katanya pada Sinar Harian.

Pada masa sama, selebriti berusia 44 tahun yang terkenal dengan jolokan Lady Gaga Malaysia ini turut mendoakan agar kandungan anaknya berada dalam keadaan sihat.

"Alhamdulillah, sihat nampak cucu nanny kat dalam tu.

"Muga dipermudahkan ya sayang. Amin," tulisnya di Instagram sambil disertai #makbuyungteringinmakanpengatdurian dan #nannygaga.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.