"Dia Belum Berkahwin" - Remy

Aktor Remy Ishak menyangkal dakwaan mengatakan tunangnya, Roszaliza Yusof atau Ezza ialah seorang janda anak satu seperti ditularkan baru-baru ini.

"Dia belum berkahwin," tegasnya seperti yang dilaporkan BH online.

Dalam pada itu Remy berkata dia tidak terburu-buru untuk mendirikan rumah tangga sebaliknya mahu bersedia dari pelbagai sudut, terutama kewangan, kerana sebagai lelaki dan bakal ketua keluarga.

"Saya bukanlah seorang yang kaya. Bukan berduit sangat pun. Jadi, kenalah kumpul duit dulu sebelum mendirikan rumah tangga.

"Mujurlah tunang saya tidak terlalu mendesak dan memahami situasi saya. Kalau dia mendesak sekali pun, saya tetap dengan keputusan saya dan tiada siapa boleh mengubah pendirian itu," katanya.

Remy, 35, mengikat tali pertunangan dengan Ezza yang juga seorang pengasas produk kecantikan pada Mei tahun lalu.

"Dia Belum Berkahwin" - Remy "Dia Belum Berkahwin" - Remy Reviewed by Kakigosip on 05:59:00 Rating: 5
Powered by Blogger.