Berita Terkini
recent

Dah Tempah Hotel, Gong Yoo Bakal Berkahwin?

Peminat dunia hiburan Korea dikejutkan dengan khabar mengenai aktor kacak, Goo Yoo bakal melangsungkan perkahwinan dengan aktres Jung Yoo Mi tidak lama lagi.

Spekulasi tersebut timbul sejak semalam selepas tular di internet, kononnya bintang drama Goblin itu telah membuat tempahan di hotel terkemuka di Seoul, pada 8 januari lalu.

"Gong Yoo akan melangsungkan perkahwinan. Dia sudah membuat tempahan di hotel Shilla semalam dan seseorang yang bekerja di situ telah mendedahkan maklumat tersebut. Dia akan berkahwin dengan Jung Yoo Mi," dedah seorang netizen menerusi media sosial seperti yang dilaporkan Koreaboo.

Bagaimanapun pihak agensi pengurusan kedua-dua selebriti berkenaan iaitu Soop Entertainment menyangkal gosip berkenaan dan menegaskan akan mengambil tindakan terhadap individu yang menyebarkan berita palsu itu.

"Kami mengeluarkan kenyataan tentang rumor yang kini tersebar di media sosial dan pelbagai laman komuniti. Desas-desus mengenai Gong Yoo dan Jung Yoo Mi benar-benar palsu.

"Dari sini, kami akan mengambil tindakan undang-undang yang tegas terhadap khabar angin dan komen yang berniat jahat ini

"Khabar mengenai perkahwinan antara Gong Yoo dan Jung Yoo Mi tidak benar sama sekali. Kedua-duanya sepert adik beradik dan Gong Yoo menganggap Jung Yoo Mi seperti adiknya", jelas agensi.

Gong Yoo dan Jung Yoo Mi sebelum ini sama-sama pernah berlakon dalam filem antaranya Silenced dan Train to Busan.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.