Chris Hemsworth Jawab Gosip Miley-Liam Kahwin Rahsia

Khabar angin mengatakan pasangan Miley Cyrus dan Liam Hemsworth yang kononnya sudah berkahwin secara senyap-senyap di Australia masih hangat diperkatakan ramai.

Sehingga kini belum ada kenyataan rasmi baik dari Miley ataupun Liam itu sendiri justeru membuatkan banyak pihak tertanya-tanya dan mahu tahu perkembangan mengenai pasangan itu.

Spekulasi tambah kukuh apabila beberapa fito pasangan itu menghabiskan waktu bercuti bersama dengan keluarga Liam tersebar di internet.

Bagaimanapun baru-baru ini, abang Liam iaitu pelakon kacak Chris Hemsworth akhirnya membuka membuka mulut mengenai gosip yang mengaitkan adiknya itu

Menurut aktor berusia 34 tahun itu, Miley dan adiknya memang berkahwin.

"Saya bertanya pada ibu tentang perkahwinan mereka (Liam dan Miley).

"Dan ibu saya beritahu mereka berdua belum memberitahu apa-apa tentang pernikahan, katanya seperti yang dilapor E!

Dalam pada itu Chris mengaku dia juga merupakan peminat Miley. Bintang filem Thor itu mengungkap bakal adik iparnya itu seorang yang sangat menyenangkan dan mempunyai suara yang bagus.

Tidak hanya Chris, isterinya Elsa Pataky juga pernah mengatakan mengungkapkan dia menyukai dan senang dengan pelantun lagu Wrecking Ball itu.
Chris Hemsworth Jawab Gosip Miley-Liam Kahwin Rahsia Chris Hemsworth Jawab Gosip Miley-Liam Kahwin Rahsia Reviewed by Kakigosip on 14:54:00 Rating: 5
Powered by Blogger.