Chris Brown Berdepan Hukuman Penjara Gara-gara Monyet

Penyanyi Chris Brown sekali lagi didakwa melakukan kesalahan dan terpaksa berdepan dengan pihak berkuasa. Tetapi kali ini gara-gara monyet kecil peliharaannya.



Memetik laporan TMZ, Chris ada memuat naik foto anak perempuannya mendukung seekor monyet spesis capuchin yang diberi nama Fiji.

Foto tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada masyarakat malah ada yang menganggap binatang jenis itu tidak sepatutnya tinggal di dalam rumah. Tambahan binatang itu boleh mendatangkan bahaya kepada anaknya. Walau bagaimanapun, penyanyi yang pernah popular dengan lagu With You ini tidak memperdulikan komen tersebut.

Kemudian, beberapa pengikut Twitter Chris membuat laporan mengenai kelakuan bekas kekasih Rihanna itu kepada Agensi Ikan dan Binatang Liar di California. Pihak berkenaa pantas mengambil tindakan melakukan siasatan lanjut.

Rupa-rupanya Chris Brown sebenarnya tidak pernah mendapat keizinan dan permit yang sah untuk memeliharan monyet capuchin itu. Mahu tidak mahu, dia terpaksa memulangkan monyet itu ke tangan pihak yang sepatutnya dan pihak berkenaan akan menempatkan Fiji di tempat habitatnya yang lebih sesuai.

..

Atas kesalahan tersebut, Chris berdepan dengan hukuman penjara sekurang-kurangnya enam bulan kerana dianggap telah memelihara haiwan liar tanpa izin. Kes berkenaan dihadapkan ke mahkamah di Los Angeles.

Namun sehingga kini, Chris tidak membuat apa-apa kenyataan berhubung kontroversi tersebut. Namun Mark Geragos selaku peguam bela Chris menyifatkan tuduhan terhadap Chris tidak masuk akal.

"Setelah meninggalkan pejabat di Los Angeles, saya berjalan melewati orang-orang yang tidur di jalanan dalam perjalanan menunju ke mahkamah untuk membela orang yang dituduh menjual marijuana.

"Sekarang wang pembayaran pajak orang-orang digunakan untuk menyiasat perniagaan seekor monyet. Sungguh hal ini sangat tidak masuk akal," ungkap Mark Geragos.
Chris Brown Berdepan Hukuman Penjara Gara-gara Monyet Chris Brown Berdepan Hukuman Penjara Gara-gara Monyet Reviewed by Kakigosip on 14:01:00 Rating: 5
Powered by Blogger.