Che Ta Teruja Tunggu Lagu Daripada Hazami

Selebriti jelita Rozita Che Wan aka Che Ta dilaporkan bakal bergelar seorang penyanyi tidak lama lagi.

Lapor BH online, Che Ta serius mahu menceburi bidang itu dan sedang menunggu lagu yang bakal dicipta oleh penyanyi yang juga komposer, Hazami.

"Dalam soal nyanyian ini, saya memang serius, apatah lagi Hazami juga beriya-iya mahu saya menyanyikan lagu ciptaannya.

"Sebelum ini, saya pernah didekati penggiat seni lain seperti Eddie Hamid dan Imran Ajmain yang menawarkan peluang serupa.

"Namun, mungkin ketika itu saya belum bersedia. Waktu itu pun, Imran mencari pelakon sebagai rakan duet dan bukannya penyanyi," katanya.

Teruja bercampur gementar apabila memikirkan langkahnya menyertai bidang nyanyian bagaimanapun isteri Zain Saidin ini masih belum menentukan genre muzik pilihannya.

"Saya pun tak pernah terfikir nak jadi penyanyi selama ini. Jadi, mungkin lagu balada atau irama Malaysia sesuai dengan saya," katanya.

Dia juga sudah bersedia untuk dikritik apabila mencuba nasib sebagai penyanyi.
Che Ta Teruja Tunggu Lagu Daripada Hazami Che Ta Teruja Tunggu Lagu Daripada Hazami Reviewed by Kakigosip on 13:46:00 Rating: 5
Powered by Blogger.