Berita Terkini
recent

Che Puan Juliana Evans terajui Mahligai Cinta

MEMASUKI musim ke-13, program gaya hidup Mahligai Cinta bakal menampilkan hos baru iaitu Che Puan Juliana Evans mulai 4 Januari 2018.

Sejak mula bersiaran pada 2011, program yang mengabadikan kenangan pasangan pengantin ini pernah dikendalikan Datuk Jovian Mandagie, Izreen Azmida, Raja Azureen Eleena Raja Zulkifli, Fatin Nuraisya dan juga Mira Filzah.

Juliana Evans mula mencipta nama sebagai pengacara kanak-kanak seawal usia 12 tahun, sebelum dikenali menerusi rancangan Remaja di TV3 pada 2007. Seiring usia yang semakin matang berserta pengalaman yang dimiliki, Juliana Evans kini dilihat semakin yakin dan mampu memberi sentuhan tersendiri dalam mengendalikan program Mahligai Cinta ini.

Mahligai Cinta musim terbaru ini bukan sahaja mengabadikan kenangan bahagia mempelai, program ini juga mahu memberi inspirasi kepada pasangan yang bakal berkahwin dalam membuat persediaan hari bahagia mereka bergelar raja sehari.

Peminat juga dapat mengetahui lebih dekat lagi kisah suka duka percintaan selebriti pujaan mereka, dan bagaimana mereka membuat persiapan dari awal hinggalah berlangsungnya majlis perkahwinan mereka. 

Antara majlis perkahwinan dan kisah cinta yang bakal dipaparkan bagi tahun 2018 adalah perkahwinan pelakon Mawar Rashid, Aisya Hasnaa, Mohd Kurniawan Naim iaitu anak lelaki kepada Datuk Sri Bung Mokhtar Hj Radin, perkahwinan Instafamous Syafiqah Aina dan ramai lagi.

Mahligai Cinta 2018 akan turut berkongsi kisah cinta artis popular tanah air seperti Datuk Jovian Mandagie, Nana Mahzan serta pelakon kacak Fahrin Ahmad.

Ikuti program 30 minit yang diterajui Anita Awang sebagai Penerbit serta Nuraeshah Malik dan Ezzah Abdul Aziz Fawzy sebagai Penerbit Eksekutif, setiap hari Khamis, jam 11.30 pagi hanya di TV3.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.