Buruh mati angkara pengecas telefon

Seorang buruh ditemui meninggal dunia dipercayai terkena renjatan elektrik di rumah rakannya di Kampung Baru Nyalas, Jasin, semalam.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superitenden, Arshad Abu berkata, hasil siasatan awal, difahamkan kejadian 11.30 malam itu berlaku apabila mangsa Rosli Othman, 35, ke rumah rakannya sebelum dia ditemui rakannya, sudah meninggal dunia.

Menurutnya, rakan mangsa menemukan mangsa dalam keadaan terbaring dan tidak sedarkan diri dalam bilik.

"Mangsa seorang buruh yang berkerja di Felda Bukit Senggeh Nyalas. Mangsa ditemui mati terbaring oleh rakannya dengan satu telefon bimbit, pengecas telefon dan sambungan wayar di sisinya.

"Siasatan mendapati, mangsa sedang mengecas telefon pada palam pencucuh.

"Hasil siasatan lanjut mendapati tiada kesan kecederaan lain ditemui," kata Arshad dalam satu kenyataan media di sini sebentar tadi.

Tambah Arshad, mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Jasin untuk bedah siasat.

"Kematian mangsa disahkan akibat degupan jantung tidak stabil (cardiac arrychana secondory to electrocution).

"Tiada unsur jenayah didapati dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut," katanya.
Buruh mati angkara pengecas telefon Buruh mati angkara pengecas telefon Reviewed by Kakigosip on 05:20:00 Rating: 5
Powered by Blogger.