Borak di IG Live, Fathia Suruh Iqram Bunuh Diri?

Ketika masyarakat rata-ratanya gembira dengan berita dan perkembangan terkini Datuk Farid Kamil, yang telah dibebaskan dari tahanan reman hari ini, dunia hiburan tempatan panas pula gara-gara sebuah video terbaru menerusi aplikasi live Instagram milik aktor kontroversi Iqram Dinzly.

Selain pengikut Iqram, rakaman live itu turut mencuri perhatian aktres kontroversi Fathia Latiff.

Namun apa yang lebih menjadi bualan hangat netizen kerana soalan Fathia kepada Iqram selain memberi cadangan kepada aktor itu agar membunuh diri.

"Takde scene (babak) bunuh diri ke?, " tanya Fathia

"Alang2," tambahnya lagi.

Kemudian komen Fathia 'lebih berani' apabila dia menyuruh Iqram membunuh diri.

"BUNUH DIRI iqram," tulisnya

"Pegi Bunuh Diri" tulisnya lagi.

..

Komen sebegitu sekaligus mengundang rasa bimbang peminat. Selain, ada yang berpendapat Fathia tidak sepatutnya berkata sedemikian walaupun mungkin niatnya sekadar bergurau. Apatah lagi perbuatan membunuh diri itu bukan kah hukumnya berdosa besar di sisi agama Islam waima mana-mana agama dan kepercayaan lain, yang juga mengutuk perbuatan tersebut.

Sebaliknya sebagai rakan artis, lebih wajar jika Fathia sekurang-kurangnya memberikan kata-kata semangat atau motivasi untuk Iqram yang ketika itu mungkin sedang mengalami masalah atau tekanan. Secara tidak langsung sikap itu adalah lebih mulia dan boleh disifatkan sebagai boleh memberi contoh yang baik kepada para peminat.

Tetapi nampaknya Fathia seolah-olah sengaja mencetuskan lagi kontroversi dan provokasi. Di mana sikap sebagai seorang artis yang sepatutnya memberi contoh teladan yang baik kepada peminat?

Sementelah, sejak kebelakangan ini Iqram sering memuat naik aksi-aksinya di laman sosial yang dianggap pelik oleh masyarakat sekaligus mengundang kontroversi.

Begitu juga dengan Fathia yang sejak dari tahun lalu sering mencetuskan pelbagai kontroversi gara-gara kenyataannya juga aksinya di laman sosial seperti di Instagram, Twitter dan Bigo Live.

Borak di IG Live, Fathia Suruh Iqram Bunuh Diri? Borak di IG Live, Fathia Suruh Iqram Bunuh Diri? Reviewed by Kakigosip on 14:28:00 Rating: 5
Powered by Blogger.