Bob Lokman alami masalah jantung, paru-paru

AKIBAT masalah jantung dan paru-paru, Bob Lokman terpaksa di kejarkan ke Hospital Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sungai Buloh, sejak dua hari lalu.

Perkara itu diumumkan menerusi laman Facebook (FB) parti politik yang disertainya sejak tahun 2011.

“Bob Lokman, telah dikejarkan ke bahagian kecemasan Hospital UITM Sungai Buluh, jam 11 semalam.

“Jantung dan paru-paru Bob Lokman ada masalah,” tulis FB parti politik itu.

Pada masa sama, ia turut merayu orang ramai agar menghulurkan bantuan kepada kepada keluarga tersebut.

“Tanggungannya ramai dan isterinya tidak bekerja. Diharap anda yang boleh beri sumbangan untuk meringankan beban yang dihadapi,” tulisnya lagi.

Difahamkan, Bob bakal direhatkan sehingga 8 Januari ini.

“Direhatkan di UITM Sg Buloh hingga Isnin 8.1.18. Terima kasih di atas sumbangan doa & infaq semua sahabat,” tulis Bob di FBnya pula.


Pada masa sama, Bob turut menerima kunjungan dan sumbangan daripada Pengerusi Lajnah Kebajikan Pas Negeri Selangor, Dr Abd Rani dan wakil Muslim Care, Zulkifly Wahijan.

“Sama-sama kita doakan agar ALLAH SWT menganugerahkan beliau kesembuhan dan kesihatan dari penyakitnya,” lapor FB parti politik itu lagi..

Sebelum ini, Bob pernah dikejarkan ke Hospital Taiping, Perak selepas mengadu mengalami sesak nafas, pada Disember 2013.

Dua bulan kemudian, dia sekali lagi dikejarkan ke hospital di Sungai Buloh selepas mengalami masalah yang sama.
Bob Lokman alami masalah jantung, paru-paru Bob Lokman alami masalah jantung, paru-paru Reviewed by Kakigosip on 07:54:00 Rating: 5
Powered by Blogger.